You are the 5000 + viewer !

Khas kepada semua persatuan legal/illegal di IPTA/IPTS

Wan Harith Iskandar B. Wan Roslan
Mahasiswa Islam

Pena Pengalaman SIRI 1 :

 Pengenalan dan bimbingan

PROGRAMME COORDINATION

“Demi Masa,Sesungguhnya manusia dalam kerugian”
Al asr : 1-2



KANDUNGAN
Bab 1 :

Programme Coordination                                       
1.0 flow program
1.1 menyusun kelebihan dan kelemahan ahli

Bab 2 :
Ciri ciri Program Coordinator 
                         
Bab 3 :
Dokumen Program Coordination                          
 1.0 Action plan ( gerak kerja sebelum program ) 

2.0 Master Plan ( gerak kerja semasa program ) 

3.0 Itinerary ( flow perjalanan program ) 

4.0 note book ( catatan postmortem )

5.0 General Master Plan

6.0 Floor Plan Biro

Bab 4 :
Masalah dalam flow program                         4                            
1.0 masalah pimpinan program
2.0 masalah komiti
3.0 masalah tetamu jemputan/vip/speaker
4.0 masalah pergerakan peserta

Bab 5 :
Softskill yang perlu dipelajari
1.0 communication skills
2.0 making decision
3.0 self motivation
4.0 team working skills
5.0 creativity and problem thinking skills
6.0  Time management and ability to work under pressure

Bab 6 :
Kesilapan yang kerap dilakukan
1.0 dari sudut pengurusan
2.0 dari sudut dokumentasi
3.0 dari sudut ruhiyah



Bab 1 :  “Programme Coordinator”

Programme Coordinator . Satu jawatan yang ditubuhkan yang membantu pengarah program daripada sudut flow program , perancangan flow program , perjalanan masa program dan mengkoordinasi program. Tapi pada sudut pandang saya sendiri , seorang program coordinator juga harus mengkoordinasi kelebihan dan kelemahan ahli sesebuah biro pada tempatnya .

Kerana jika seorang coordinator gagal untuk mengkoordinasi kelebihan dan kelemahan ahli sesebuah biro , maka dia akan gagal untuk mengkoordinasi segala tugas yang telah saya nyatakan di atas.Akan tetapi , ahli sesebuah biro apakah yang saya maksudkan? Perlu kita tahu , bahawa setiap biro ada ketuanya . maka seseorang coordinator tidak perlu masuk campur hal biro lain akan tetapi perlu mengambil berat hal ehwal bironya sendiri .

Apa yang saya maksudkan tentang koordinasi kelebihan dan kelemahan seseorang ahli di dalam sesebuah biro? Begini , ketua koordinasi harus mengenal ahlinya daripada sudut pengurusan , pengalaman dan tahap problem solving mereka kerana ahli ahli beliau akan memegang biro biro yang core seperti preptech , special task , publication and promotion dan sebagainya .

1.0  Flow program
Seseorang program koordinator harus memastikan sesebuah program berjalan lancar mengikut apa yang dirancang. Antaranya ialah dia harus memastikan orang tertentu  berada di tempatnya , harus memastikan peralatan sudah terpasang , dia juga harus mengetahui keadaan cuaca semasa untuk memastikan program boleh mula dan berakhir pada tempat yang telah ditetapkan di dalam perancangan . Di dalam flow program pula ,koordinasi program dibahagikan kepada dua kumpulan yang mengkoordinasi program . Yang pertama kita panggil sebagai 'masterfront' , dimana dia akan berdepan dengan peserta atau orang awam untuk memberitahu apakah slot seterusnya , dia juga yang mengarah orang orang yang bertugas agar bertugas pada waktu dan tempatnya , memberi penekanan kepada biro / speaker agar menepati masa slot dan dia jugalah tempat orang bertanyakan soalan mengenai flow program.

Kumpulan kedua ialah mastermind , kumpulan yang bertugas untuk menyusun slot jikalau masa drag daripada waktu yang sebenar , menyelesaikan permasalahan mengenai flow program , kumpulan ini bekerja di belakang tadbir.Dimanakah semua perancangan  yang dijalankan oleh kedua dua kumpulan ini dibukukan? Ia dibukukan di dalam dokumen yang bernama “ masterplan “ . Akan saya kupas mengenai dokumen ini dalam bab yang akan datang. Sekarang ini saudara sudah mengetahui secara asasnya tentang apakah tugas tugas seorang coordinator dalam hendak menjaga flow program.Jadi di sini kita lihat perlunya untuk kita mengetahui kelebihan dan kelemahan ahli serta menyusunnya untuk menjayakan perancangan.


1.1 Menyusun kelebihan dan kelemahan ahli

Saya ingin mengingatkan saudara kembali tentang mengapa kita harus menyusun kelebihan ahli , sudah saya nyatakan di atas iaitu jika seorang coordinator gagal untuk mengkoordinasi kelebihan dan kelemahan ahli sesebuah biro , maka dia akan gagal untuk mengkoordinasi segala tugas yang telah saya nyatakan di atas.

Permasalahan utama dalam menyusun kelebihan dan kelemahan ahli ialah ketua itu tahu akan kelemahan ahlinya tetapi tidak tahu bagaimana hendak menyelesaikannya ataupun dia tahu kelemahan ahlinya , tetapi wasilah yang diambil tidak terlalu efektif untuk mengatasi masalah itu yang akhirnya membiarkan ahlinya bergerak kerja dengan tidak beberapa efisyen.

Ketua koordinator harus mengenali 3 perkara utama , iaitu tahap komunikasi dia bersama orang awam , pengetahuannya tentang biro biro yang wujud di dalam sesebuah program dan juga tahap 'problem solving' seseorang ahli itu . Dengan ini , dia dapat meletakkan ahli ahlinya dalam dua kumpulan yang wujud di dalam biro programme coordination ini iaitu mastermind dan masterfront.

Saya ingin menyentuh mengenai pegetahuan seseorang ahli mengenai biro biro . mengapa ini penting? Ini penting kerana mudah untuk si koordinator memeriksa masterplan yang telah disiapkan oleh s biro X serta 'check and balance' kembali masterplan tersebut untuk mengukuhkan kefahaman ahli ahli biro X tersebut . Lebih cantik jika ketua koordinator melantik ahli biro program coordination ialah daripada orang yang pernah berada di dalam biro yang lain . Contoh , katakan di dalam sebuah biro programme coordination ada 5 orang 

 Orang yang pertama , Alpha pernah berada di dalam biro pubpro , Beta pernah berada di dalam biro preptech , Gamma pernah berada di dalam biro special task dan seterusnya . Tetapi jika ia tidak berlaku jangan risau. masih ada ruang untuk kita meletakkan pengetahuan seseorang biro itu kepada seseorang ahli.Pada hari induksi , ketua coordinator harus membuat perancangan yang efektif dalam memastikan pada hari terakhir induksi , dia dapat melahirkan program koordinator yang berkebolehan dan mempunyai kefahaman yang mantap. Ini adalah flow yang perlu dilakukan di dalam hari induksi 

Step 1 : Sesi berkenalan antara ahli biro 
Item : nama ,asal , kos , kelebihan , apa yang hendak dibaiki dan sifat dominan/ 

Step 2 : Memberi pencerahan tentang pengenalan kepada biro Programme Coordination
- terangkan tentang jobscope
- terangkan tentang mastermind dan masterfront 
- terangkan tentang dokumen yang berkait dengan pc
- terangkan tentang ' Person In Charge ' 
- terangkan tentang program yang mereka bakal koordinasi dari sudut matlamat dan sebagainya 

Step 3 : Pengukuhan kemahiran asas
- memberi modul ' bagaimana hendak membuat masterplan '
-memberi modul ' bagaimana hendak susun flow program jika drag '
- memberi modul ' problem solving question ' 
- memberi modul ' stress management ' 
- memberi modul ' how to deal with people '
- memberi modul ' teamwork '

Step 4 : Ujian praktikal 

- Buat satu program kecil - kecilan seperti reunion ataupun jamuan makan yang didalamnya ada slot modul , slot tazkirah dan sebagainya . lihat prestasi ahli bagaimana , nilai dan baiki mana yang perlu. 

  
Bab 2:  Ciri ciri yang perlu ada pada seorang programme coordinator

1.Mampu Berdikari (Qadirun 'Ala-l Kasbi)
2.Berpengetahuan luas (Mutsaqqaf-ul Fikri)
3.Tubuh Yang Cergas (Qawwiy-ul Jism)
4.Teratur urusannya (Munazhzhamun Fi Syu'unihi)
5.Sangat Menghargai Masa (Harishun 'Ala Waqtihi)
6.Bermanfaat Kepada Orang Lain (Nafi'un Li Ghairihi)
7.Menguasai Diri (Mujahadat-ul Li Nafsi)

Ini antara ciri ciri teras yang perlu ada di dalam diri seorang programme coordinator , diatas ini juga saya ambil daripada 10 muwasafat tarbiyah . 

Bab 3 : Dokumen Programme Coordination

1.Action plan ( gerak kerja sebelum program )

2. Master Plan ( gerak kerja semasa program )

3. Itinerary ( flow perjalanan program )

4. note book ( catatan postmortem )

5.General Master Plan (kompilasi semua masterplan biro)

6.Floor Plan Biro ( susunan dan kedudukan objek di sesuatu venue )

Note : Ketua harus menyediakan template yang rasmi untuk mengisi Masterplan supaya senang nak kompilasikan ia di dalam General Master Plan.





Disini saya hadirkan contoh untuk saudara lebih memahami tentang dokumen yang dimaksudkan
Contoh 1 :-

PROGRAM READING FESTIVAL ( 12/6-18/6)

Biro yang wujud :-

1) mainboard
2) preptech
3) special task
4) publication and promotion
5) public relation
6) sponsorship

Kita ambil gerak kerja salah satu biro . iaitu preptech. Saya akan hadirkan contoh contoh kertas kerja yang akan dibuat oleh biro ini . Harap saudara dapat memahami dan mendapat gambaran tentang apakah itu action plan dan masterplan agar dapat dipraktikkan dalam program yang sebenar.








Action Plan ( gerak kerja sebelum program )
Date
Time
Action
PIC
Item
Done/Not done
31/5
8pm-10pm
Meeting pertama untuk penerangan jobskop ahli dan program
Ketua dan penolong biro dan PIC daripada mainboard
Paperwork , laptop , projector , makanan ringan untuk semua

2/5
4.50pm-6pm
Meeting kedua untuk listkan barang yang diperlukan di setiap slot dan check aset yang sedia ada
Ketua dan penolong biro , ahli biro , bendahari , programme coordinator
List barang aset daripada bendahari , itenarary slot daripada PC

3/5
8am- 11am
Meeting ketiga untuk buat masterplan
Semua ahli preptech
Laptop , itenarary program , PIC daripada programme coordinator



Ini adalah contoh ‘ action plan ‘ yang kita faham sebagai satu jadual gerak kerja sebelum program . Perincian dalam perancangan itu amatlah penting , jangan pernah kita ambil mudah akan benda yang kecil kerana kelak mungkin sekecil kecil benda itulah yang mampu merosakkan program kita . Pastikan semua dicatat dan kerja dibuat mengikut masanya . Jika ditangguhkan satu perkara , ia akan memberi kesan kepada gerak kerja seterusnya.

Masterplan ( gerak kerja semasa program )
Date
Time
Event
PIC
Action
Venue
Remark
Backup plan
12/6
8.30am
Diskusi Mahasiswa
PREPTECH
Abu
(0123455595)

Hazim
(0198765454)
-Memastikan PA system sudah terpasang

-menyusun kerusi mengikut floor plan


AMF HALL
Take note mengenai microphone . pastikan sentiasa ada backup
-PA system backup berada di belakang pentas

8.45am

PREPTECH
Abu
(0123455595)

Hazim
(0198765454
-          Last checkup sebelum program bermula

Pastikan ada orang berdekatan dgn pentas


9 am
Slot bermula
PREPTECH
Aina
(0123455432595)

Ziana
(019854354)
-          Berada berdekatan dengan pentas kalau PA system rosak





Ini antara contohnya dan di dalam masterplan ada juga diselitkan backup plan . Tugas seseorang program koordinator adalah untuk memastikan apa yang dituliskan oleh biro itu di dalam masterplannya berjalan dengan lancar . Dan sepanjang program seorang koordinator harus sentiasa mempunyai pen dan buku catatan di tangannya untuk mencatat segala kelemahan yang berlaku agar boleh dibaiki pada masa yang akan datang .





Antara item yang perlu di ada dalam masterplan ialah :
Date
Time
Event
PIC
Action
Venue
Remark
Backup plan




Ini antara yang wajib ada . apa apa tambahan yang perlu amatlah digalakkan untuk kelancaran program . Untuk lebih memahami dokumen ini , saudara boleh mengambil pen dan kertas dan melakar item di atas dan memasukkan details mana mana program. Itulah sedikit sebanyak gambaran masterplan dan action plan . Untuk general masterplan , saudara hanya perlu kompilasikan sahaja gerak kerja semua biro dalam satu template rasmi . Contoh ini saya bentangkan hanya untuk dua biro sahaja :-
Date
Time
Event
PIC
Action
Venue
Remark
Backup plan
12/6
8.30am
Diskusi Mahasiswa
PUBPRO
Aliff
( 0123456789)




PREPTECH
Abu
(0123455595)

Hazim
(0198765454)


Tangkap gambar venue program




-Memastikan PA system sudah terpasang

-menyusun kerusi mengikut floor plan
-           

AMF HALL

Pastikan bateri kamera cukup


Take note mengenai microphone . pastikan sentiasa ada backup

Bateri kamera extra di beg


-PA system backup berada di belakang pentas




Bab 4 : Masalah dalam flow program

Saya bahagikan masalah dalam flow program kepada beberapa masalah :-
a) masalah pimpinan program
b) masalah komiti
c) masalah tetamu jemputan/vip/speaker
d) masalah pergerakan peserta

a) MASALAH PIMPINAN PROGRAM
- Suka saya untuk mengusik isu ini . Bagaimana kamu digelar pimpinan jika amanah waktu kamu tidak boleh jaga ? bagaimana kamu mahu harapkan ahli datang tepati waktu jika kamu sendiri tidak menepatinya ? beringatlah akan firman Allah SWT :

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.

( As saff 2-3 )

Oleh itu , para pimpinan persatuan haruslah memastikan mereka menepati waktu dan janji mereka serta menjadi contoh yang terbaik kepada ahli ahli mereka untuk ahli mereka contohi. Seterusnya daripada sudut pengurusan program yang tidak beberapa baik yang harus ditanggung oleh ‘coordinator’ . Sebagai contoh , pimpinan tidak melakukan followup berkala terhadap biro yang dia sepatutnya jaga , tidak memastikan matlmat biro itu tercapai , yang pada akhirnya , menyebabkan program tidak berjalan dengan lancar disebabkan banyak kekurangan .

 Antara salah satu unsur paling penting di dalam sesebuah program ialah Al - Fahmu ( kefahaman ) At Taqwa dan At Ta'ah ( Ketaatan ) . Jika para pemimpin gagal menyuntik ketiga tiga unsur ini di dalam jiwa setiap ahli , ini akan menyebabkan segelintir ahli menjadi beban dan perosak kepada perjalanan program itu sendiri . Ini merupakan pandangan peribadi saya sendiri . Jika saudara mempunyai pandangan lain , saya sambut . 

b) MASALAH KOMITI
- Di dalam sebuah program , setiap ketua haruslah sentiasa mengawasi pergerakan dan tingkah laku ahlinya serta menjaga kebajikan ahlinya. jika tidak , mulalah berlaku masalah komiti bangun lambat , demam kerana tidak menjaga kesihatan dan sebagainya . ketua juga bertanggungjawab untuk memastikan semua datang tepat pada waktunya . Tetapi masalah yang kerap berlaku ialah setiap komiti mengamalkan sifat penting diri sendiri . Tidak beberapa kisah akan sahabatnya yang terlambat datang bertugas . Hanya tahu melontarkan kritikan apabila ternampak kesalahan orang lain . Ini sifat yang harus diubah dalam diri setiap komiti .

c) MASALAH TETAMU JEMPUTAN / VIP / SPEAKER
- Ini adalah satu masalah yang amat kerap dan hangat dibincangkan dalam kalangan komiti . ada yang berpandangan " kita harus beradab , kita harus tunggu mereka datang baru kita mula " , ada yang berpandangan " mereka harus mengikut masa kita , bukan kita menunggu mereka " . Saya mengambil di tengah tengah . Saya gemar berdiplomasi . Pada pandangan saya, untuk mengatasi masalah ini . Saya hadirkan beberapa solusi , terpulang kepada saudara jika saudara mahu menolak atau menambah. Saya berlapang dada

1. Menelefon VIP/speaker untuk datang 15 minit awal untuk mengelakkan kelambatan masa. Jika datang awal , VIP/speaker boleh tunggu di bilik VIP . ( jika tiada , sediakan sebuah bilik menunggu)

2. Deal dgn mereka bahawa jika mereka lambat , program terpaksa diteruskan juga atas sebab sebab yang munasabah . Berlembut , beradab dan tegas dalam waktu yang sama.

3.Sentiasa update dengan mereka agar mereka tidak batalkan last minit

4. Kita akan bagi juga tambahan masa 5 minit jika mereka terlambat , jika dalam tempoh 5 minit itu tiada , teruskan program .

Ini adalah daripada aspek tetamu jemputan / VIP . sekarang ini , saya ingin menyentuh aspek speaker .Masalah utama speaker - speaker ini ialah mereka selalu cakap tanpa cakna akan masa ataupun sesi QNA yang berlebihan yang tak dapat dikawal olehnya disebabkan kehangatan topik pada waktu itu. Maka dengan itu , koordinator harus menetapkan syarat kepada speaker tersebut . Koordinator juga harus mempunyai strategi dalam memastikan speaker itu tidak drag masa lama dalam memberi penerangan tentang sesuatu di dalam majlis itu . Saya hadirkan beberapa cadangan :-

1. memberi point utama kepada speaker tentang apa yang harus diceritakannya agar gaya penceritaannya tersusun . 

2. Memaklumkan kepada speaker bahawa pihak komiti menyediakan sistem bunyi loceng . jika waktu slot tinggal lagi 15 minit , loceng pertama akan dibunyikan . Ini akan membuat speaker lebih cakna akan masa dan peserta akan cakna tentang bila waktu dia dibenarkan untuk bertanya soalan ( belum lagi dibuat tapi saya sarankan untuk dilaksanakan)

3.memberitahu speaker bahawa sesi QNA berapakah maximum soalan yang boleh dijawabnya dan jika ada soalan lagi yang ingin ditanya kepada speaker , pihak komiti cadangkan kepada speaker untuk menjawabnya di media sosial.

d)  MASALAH PERGERAKAN PESERTA
-  Kelajuan pergerakan peserta selalunya diukur melalui ‘ nature program ‘ itu sendiri . Jika program itu berbentuk tegas , maka pergerakan peserta tidak mempunyai masalah kerana mereka terpaksa akur dengan syarat ‘ pergerakan 2 minit ‘ . Masalah pergerakan peserta ini kita dapat lihat dalam program yang nature nya tak beberapa tegas . Adakah kita sebagai ‘ coordinator ‘ perlu bertegas dalam program yang ‘nature ‘ tidak tegas ? Saya berpendapat bahawa kita perlu bertegas .
Tetapi dalam pada masa yang sama , setiap kali kita bertegas dengan para peserta , hendaklah kita memberitahu kepada mereka rasional tentang mengapa mereka perlu bergerak dengan laju dan tidak melengahkan masa. Boleh sahaja kita memberi mereka hadis ataupun firman Allah SWT tentang masa . Dalam pada waktu yang sama , kita dapat menjalankan kewajipan dakwah kita dalam bergerak kerja.


Bab 5 : Softskill yang perlu dipelajari
1.0 communication skills
2.0 making decision
3.0 self motivation
4.0 team working skills
5.0 creativity and problem thinking skills
6.0  Time management and ability to work under pressure

Pada pendapat peribadi saya , softkill yang tertera inilah yang memainkan peranan penting dalam memastikan seseorang coordinator itu dapat mencorakkan program itu sebaiknya. Mungkin ada pandangan yang berbeza mengenai ini tetapi tidak mengapa . Akan saya terangkan rasional softskill ini perlu dipelajar berdasarkan realiti yang sebenar.
1.0 Communication skills
- ini amat perlu kerana hampir setiap masa seorang koordinator harus berkomunikasi dengan setiap komiti dan peserta untuk memberi arahan agar kelancaran program dapat dijalankan dengan baik .Jika seseorang coordinator itu gagap atau malu atau tidak mempunyai keyakinan untuk bersuara . Ini akan menyebabkan masalah yang besar . Menjadi seorang coordinator ini ibarat seorang pembimbing , kita menasihati orang lain agar membuat kerja berpaksikan pada arahan yang betul . memberi motivasi dan galakkan kepada mereka yang baru nak belajar dan semua itu memerlukan kemahiran berkomunikasi

2.0 making decision
- Skill ini amatlah signifikan kerana berdasarkan realiti yang sebenar , apabila timbulnya masalah , perlunya perbincangan dengan pihak atasan . jika coordinator gagal untuk membuat keputusan yang terbaik maka ia akan menyebabkan kecacatan di dalam program itu .  Ada sahaja segelintir manusia yang berasa takut membuat keputusan , dia perlu bertanya orang lain dahulu baru dia boleh membuat keputusan . Inilah dimana zahirnya keperluan ciri ciri seorang coordinator iaitu mampu berdikari dan disamping itu dia dapat membuat keputusan yang rasional .
3.0 self motivation
- Peratus tekanan yang dihadapi oleh seseorang coordinator adalah berdasarkan bentuk program itu samada program itu adalah major ataupun minor . Jika program itu adalah major , sebagai contohnya taaruf week ataupun minggu suai kenal maka tekanan yang dihadapi oleh koordinator adalah lagi tinggi kerana mereka harus berjalan sekeliling venue yang ditetapkan untuk memastikan orang yang bertugas membuat kerja. Ada sahaja yang mencuri tulang , tidur sewaktu dia diperlukan , peralatan yang hendak dipasang tiada kerana orang yang bertugas lupa untuk bawa, masalah sebegini boleh membuat koordinator rasa ‘ down’ dan disinilah dimana dia harus mempunyai self motivation yang kuat. Sebagai seorang sebagai muslim , kebergantungan dia kepada Allah haruslah kuat.

4.0 team working skills
“ if you want to go fast , go alone , if you want to go far , go together “ ,  tanpa kerjasama dalam menjalankan kerja sebagai koordinator , kemungkinan anda akan rasa mahu putus asa pada waktu itu , gerak kerja harus tersusun , sebagai contoh jika anda ada 10 ahli dalam group coordinator , maka pecahkan ia kepada 5 kumpulan yang terdiri daripada dua orang satu kumpulan dan namakan kumpulan tersebut . Seterusnya letakkan setiap kumpulan di venue tertentu dan di dalam setiap kumpulan harus ada seorang mastermind dan masterfront . Maka masing masing sudah mendapat kerja mereka dan mereka dapat melaksanakannya dengan baik , tiadalah berlaku seorang yang buat semua kerja dan sebagainya.
5.0 creativity and problem thinking skills
- masalah yang dihadapi oleh coordinator ini pelbagai . Katakan pada hari kedua , 3 orang coordinator demam , bagaimana kita hendak menjaga semua tempat dengan berbaki hanya 7 orang coordinator ? Masalah sebeginilah yang harus diselesaikan dengan cepat oleh ketua coordinator untuk memastikan kelancaran program .

6.0  Time management and ability to work under pressure
-Pengurusan masa diri menentukan bagaimana pengurusan masa sesebuah program itu . Maka setiap coordinator harus memantapkan pengurusan masa diri mereka terlebih dahulu sebelum menguruskan masa sesebuah program . Banyak kaedah untuk memastikan pengurusan masa diri terpellihara , masing masing ada caranya tersendiri . Ability to work under pressure ini berkait dengan self motivation . Jika self motivation tinggi , maka ability to work under pressure pun akan tinggi .





Bab 6 : Kesalahan yang kerap dilakukan
1.0 dari sudut pengurusan
a) tidak memberitahu jobskop
b) tidak menerangkan bagaimana hendak membuat masterplan
c) tidak menerangkan bagaimana hendak membuat action plan
d) menepikan potensi ahli
e) tidak menjaga kebajikan ahli
f) tidak menerangkan tentang program yang bakal dikoordinasi
g) tidak ice-breaking
h) tidak memberi kemahiran asas kepada coordinator
i) tidak menerangkan tentang jobskop sebagai PIC biro
j) tidak memahamkan ahli tentang gerak kerja biro lain


2.0 dari sudut dokumentasi
a) tidak mempunyai template yang rasmi
b) tidak follow-up masteprlan biro lain , hanya menunggu sahaja
c) tidak meneliti masterplan biro lain , terus print
d) tidak menggunakan general masterplan ketika program
e) tidak mendokumentasikan post-mortem program
f) tidak ada backup plan di dalam masterplan
  

3.0 dari sudut ruhiyah
a) program kosong tanpa ‘ list ibadah sebelum dan semasa program ‘
Contoh :-
SEBELUM PROGRAM
-          Solat sunat taubat setiap hari
-          Isitghfar 50x
-          Selawat 50x
-          Solat dhuha
-          Qiamulail
SEMASA PROGRAM
-          Baca al quran 3 m/s sehari
-          Isitghfar 60x
-          Selawat 60x
-          Qiamulail

b) meeting tidak dimulakan dengan FIST
- FATIHAH
-ISTIGHFAR
-SURAH AL ASR
- TASBIH KAFARAH
c) meeting tiada tazkirah

WALLAHUA'LAM

Terima kasih kepada semua yang terlibat dengan saya dalam membentuk pengalaman ini terutamanya kepada kak zahirah , kak zee , faiz fahmi , firzana , najihah , farhah samirah , hafizah lee , khairunisa aziding , faris hilmiy , ikhwan wedi, hady , abu thoalib, ummi dan yang lain lain ,



No comments: