You are the 5000 + viewer !

Bagaimana hendak menjadi apa yang kita hendak jadi ?

Hampir semua orang ada cita cita dan hampir semua orang hadapi derita untuk mencapai cita cita itu. Dalam mencapai cita cita kita ,  adalah satu perjalanan yang jauh . Tapi dalam penantian untuk menggapai apa yang kita inginkan , apakah langkah langkah yang perlu diambil dalam pembinaan diri untuk bersedia dalam bidang yang kita ingin ceburi ? atau kita hanya menanti untuk segulung ijazah dan follow the flow ? Ini yang sepatutnya kita fikirkan daripada sekarang . 

Sepanjang undergraduate program , bukan pembinaan akademik sahaja yang perlu difokuskan , perlu juga seseorang itu untuk fokuskan tentang skill yang harus dipelajari dalam bidang yang beliau ingin ceburi . Sebagai contoh , jika anda mahu jadi seorang pensyarah . apakah elemen yang perlu anda ada? pertama , pengetahuan yg luas mengenai subjek yang diajar. kedua , gaya presentation yang menarik dan mudah difahami oleh pelajar , ketiga , penampilan yang kemas , keempat , kebolehan untuk memotivasikan pelajar dan banyak lagi . 

Melalui elemen ini , pecahkan kepada langkah langkah yang perlu diambil untuk mencapai elemen itu . Misalnya , elemen pertama . pengetahuan yang luas mengenai subjek yang diajar . Antara langkah langkah yang diambil ialah membaca buku buku yang berkaitan dgn subjek itu , hadiri talk yang berkaitan dgn subjek itu , banyak bertanya lecturer dan banyak lagi langkah yang boleh dilaksanakan untuk mencapai elemen tersebut . 4 tahun hidup kita di universiti harus dimanfaat dengan perkara sebegini. Kita perlu ada plan jangka masa pendek dan plan jangka masa panjang . 

Kaedah ni boleh diaplikasikan bukan sahaja dalam kehidupan akademik , juga boleh diaplikasikan di dalam mana mana aspek dalam kehidupan . Kedua , kita juga harus fikirkan apa yang boleh kita lakukan untuk memberi manfaat kepada masyarakat luar ? Kita ambil contoh di dalam bidang undang undang . Adakah masyarakat sekeliling kita mengetahui mengenai undang undang? "We are assumed to know the law , ignorance of law is no excuse " kata pensyarah ku di universiti . Jadi , adalah tanggungjawab pelajar undang undang untuk memberi legal education kepada masyarakat sekeliling

Ini adalah salah satu contoh untuk memberi manfaat kepada masyarakat di dalam bidang kita . Jadi berdasarkan contoh di atas , kita sudah mempunyai matlamat bahawa kita akan memberi manfaat kepada masyarakat melalui legal education . Pecahkan langkah langkah yang boleh diambil untuk mencapai matlamat itu . Sama seperti contoh di dalam perbincangan pencapaian elemen yang perlu dalam bersedia di dalam bidang yang diceburi .

 Melalui langkah langkah yang memberi manfaat kepada masyarakat yang dilakukan oleh setiap jurusan dalam sesebuah universiti , ini mampu membentuk satu masyarakat yang sedar dan peka akan apa yang sedang berlaku di dalam dan luar negara. Pendapat peribadi saya ialah sesebuah jurusan di dalam sesebuah universiti adalah satu gerakan kesedaran kepada masyarakat , bukan semata mata pelajar yang belajar dan jawab exam sahaja. 

Sepanjang perancangan pelaksanaan kita untuk mencapai matlamat-matlamat tertentu , kegagalan akan hadir tidak kira macam mana sekalipun kita cuba untuk elak . Marilah kita pandang kegagalan sebagai cahaya yang menerangi jalan menuju kejayaan . Tanpa kegagalan , kita takkan mengenali kelemahan yang ada di dalam diri kita . Saya pasti setiap daripada kita  yang membaca ini ataupun yang berada di luar sana mempunyai satu detik dimana dia bertemu kegagalan dan pada waktu itu dia sedar apa yang dia perlu buat untuk berubah . Oleh demikian , jika kita bertemu dengan kegagalan , bertenanglah dan ambil lah waktu untuk membuat refleksi diri . Pada pendapat peribadi penulis , sesungguhnya hubungan kita dengan Allah itu adalah salah satu kekuatan dalam kita menghadapi dan menghargai kegagalan :) 

Konklusi yang boleh dicapai melalui post ini ialah marilah kita merancang awal awal untuk mencapai apa yang kita inginkan agar kita boleh berbakti kepada masyarakat dan tabahlah menghadapi kegagalan. It is never too late to plan :) 

Izinkan saya untuk berkongsi satu kata kata : 

"A real man is the one who fears the death of his heart , not his body "

Assalamualaikum :)

No comments: